Pada 4hb Nov. 2007...Aishah memang dah tak rasa sedap badan,sebelum ini tekak sudah terasa kelat-kelat. Dalam hati mungkin aku akan demam,bahkan tiada terlintas langsung memikirkan yang aku hamil.pada keesokan hari aishah keluar beraya bersama teman rapat hampir ke malam kami beraya,dan kemudian aishah dan suami pergi kerumah atuk,kerana atuk ingin berjumpa dengan kami.Pada malam itu,bersin tidak henti-henti,dan selesama,suami aishah bawa ke klinik. Tetapi apabila sampai disana, doktor hanya memberikan ubat,dan tidak memeriksa temperature dan apabila ingin test urine,beliau menyuruh saya datang pada esok hari. Dalam hati,sebelumini saya masih teringat lagi doktor di panel suami saya berkata jangan makan ubat sebarangan jika kita tidak tahu kita hamil atau tidak.
Pada keesokan hari, saya masih tidak sentuh ubat tersebut,satu hari saya tidak buat apa-apa cuma tidur sahaja.Suami saya mula resah tanpa berfikir panjang, dia membawa saya ke klinik panelnya. saya pun menceritakan dari mula hingga kami ke klinik sebelum ini.
setelah saya membuat urine test, nurse memanggil saya dgn senyum-senyum.saya mula pelik,adakah berita gembira.Ketika saya masuk ke bilik doktor,saya terlihat urine test dan mempunyai 2 line.Alhamdulillah,syukur pada Allah swt. kerana memberi rezeki kepada kami.saya menangis di depan doktor itu kerana....
1. 4hb teringat pada tarikh kami bersanding iaitu 4hb juga.
2. Saya mendapat berita gembira ini sehari sebelum hari lahir saya.
3. Hampir 8 bulan kami menunggu, akhirnya kami dapat berita gembira ini.
Selepas itu, suami saya ingin sembahyang isyak, selepas dier sembahnyang...dia menceritakan ketika dia berdoa dia menangis atas pemberian rezeki Allah swt kepada kami.
Yang penting, sentiasa ingat pada Allah swt.Berdoa padanya..dan sentiasa berusaha..Insya'Allah.Rezeki tetap ada..tetapi kita tidak tahu bila.Allah swt tetap sayang pada kita semua.
Semoga sepanjang saya hamil, tiada apa-apa yang berlaku yang menimpa diri ini, kandungan, suami dan kaum keluarga.AMIN....
Ditampilkan sebanyak : 1446